Followers

Sunday, August 29, 2010

seharian bermusafir...

Salam….alhamdulillah kita masih diberi peluang melakukan ibadah di bulan mulia ini dan bakal memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan ini…saya nak kongsikan catatan perjalanan kami seramai 7 org(3 bro and 4 sis) dalam sebuah kereta MPV dari kuantan ke kuala lumpur..

Ok..kami bertolak ke kuala lumpur utk menghadiri satu kursus..jadi kami bertolak seawal jam 5.30 pagi…terpaksa bersahur dalam kereta…huhu…kami konvoi 3 kereta..tapi perjalanan ini sangat mencabar…sebab tue saya nak cerita….ok..perjalanan berjalan lancar tetapi hampir sepanjang perjalanan,kabus tebal mengiringi kami…walaupun bukan saya yg drive,tapi memang sangat mencabar nak drive dalam keadaan yg berkabus tebal….kami berhenti solat subuh di Gambang sebelum menyambung perjalanan..

Alhamdulillah,kami sampai ke kuala lumpur lebih kurang pukul 9 pagi..kami berkumpul di UIA Gombak dulu sebelum pergi ke tempat kursus di Kota Damansara yg bermula pada pukul 9 pagi sampai 6 petang.tapi lebih kurang pukul 3.30 petang, Saufi iatu classmate saya yg turut join kursus nie telefon sy dan bagitahu yg kereta MPV yg kami naiki dipecah masuk…terkejut saya dibuatnya….beg kawan saya hilang..nasib baik tak ada barang berharga dalam beg tue..ada telekung,Al-quran dan spek mata je…moga-moga Al-Quran tue boleh menyebabkan perompak tadi beroleh hidayah…cermin kereta di bahagian driver habis pecah…

Ujian dari Allah utk kami belum habis di sini….semasa dalam perjalanan ke UIA Gombak,kami sesat sampaikan terpaksa berbuka di dalam kereta je…Alhamdulillah,selamat sampai ke UIA Gombak utk solat maghrib dan isyak….dalam pukul 9 malam,kami bertolak balik ke UIA kuantan…cermin yg pecah ditutup dgn plastic…sangat susah utk drive sebab tak boleh nak tengok kereta sebelah kanan….dalam perjalanan balik,kami diuji lagi….

Kami singgah di RnR temerloh utk beli makanan dan pergi ke tandas…dan kami buat keputusan utk solat terawikh di dalam kereta memandangkan masa tue dah pukul 11 malam….takut dah sampai kat bilik nanti,malas nak buat….Shafiq halim yg drive dan dia jugak yg jadi imam…bermula je rakaat pertama solat terawikh sambil memandu,hujan turun dengan lebatnya….memang sangat menguji…saya memang dah kecut perut masa tue…solat sambil drive dalam keadaan hujan lebat pada waktu malam…kami teruskan jugak..habis dua rakaat,saya mintak shafiq berhentikan kereta kejap sebab saya nk betulkan plastic kat tingkap dia yg dah tercabut….peliknya masa tue..masa kami berhenti,hujan pun berhenti….

Then,masa kami smbung solat utk dua rakaat seterusnya,hujan turun dengan lebat balik…kami teruskan solat sampai habis….sangat mencabar…..habis je solat witir,hujan pun berhenti…subhanallah….Allah nak uji kami……then,disebabkan plastic kat tingkap tu banyak sangat yg tercabut,kami tanggalkan je….Cuma kena lebih berhati-hati la…..kami teruskan perjalanan sampai la ke UIA kuantan..alhamdulillah,kami selamat tiba pada pukul 1 pagi…

Bangun je pagi tadi,saya dikejutkan dengan berita salah sebuah kereta yg join konvoi kitorg iatu bdak uia jugak trlibat dgn kemalangan di gambang..kereta tu bertolak lewat daripada kitorg…kemalangan tu berlaku bila kereta mereka melanggar kereta yg dah melanggar bas…keadaan mereka parah..termasuk salah seorang classmate saya iatu izzat…dia patah kaki dan cedera di muka….ada seorang mengalami kecederaan di luar otak…ada sorang cedera biasa…ada seorang bergantung pada ventilator…dan sorang lagi patah kaki jugak…

saya sangat terkejut..bayangkan kitorg bersama selama seharian..tiba-tiba ada dikalangan kami terlibat dengan kemalangan..ujian yg lebih berat daripada yg kami lalui…saya terus drive pergi hospital dengan kawan sy….mereka masih dirawat dalam bilik pembedahan….doakan mereka ye…..sedih hati bila tengok mak ayah salah seorang daripada mereka yg kelihatan sugul…dah la nak exam..raya pun dah dekat…ujian Allah kan…

Dalam perjalanan nak balik uia,saya pulak sesat….saya memang payah nak ingat jalan walaupun dari uia ke HTAA je pun..huhu…terpaksa la mintak tolong kawan-kawan yg kebetulan ada kat hospital tadi jugak..jauh jugak la saya sesat..huhu…alhamdulillah sampai ke uia dgn selamat dan boleh tulis blog..huhu..

Sesungguhnya apa yg berlaku sangat mencabar kami…dan merapatkan ukhwah antara kami….sangat manis utk dikenang..buat shabat-sahabat saya yg sedang dirawat di hospital,semoga cepat sembuh..insyaAllah kalau ada masa,saya datang melawat lagi ye…
Harap pembaca dapat doakan mereka cepat sembuh…….=) malam nie dah masuk 10 malam terakhir bulan ramadhan..lipat gandakan amal ye….salam…=)

4 comments:

  1. Innalillah...dasyat molek peristiwa2 tuh..berturut-turut. Besar pengajaran tu, tambah2 di bulan Ramadhan plak.

    ReplyDelete
  2. bro muzani: tue la....memg pengalaman yg payah nak dapat...dgn ramai mat rempit yg memnuhi jalan dkat area kuantan lagi...huhu...

    ReplyDelete
  3. salam, ilmu sy x seluas anda... sy x tahu pulak tgh drive boleh solat.

    ReplyDelete
  4. owh...melalui pembacaan dan ceramah yg saya dengar...dibolehkan...ada seorang ustaz,solat sambil drive sebab tak sempat nak kejar waktu solat....
    dibolehkan dan adalah cara-caranya.....ada rukhsahnya...nanti try tye sape2 ye...saya x reti nak explain sgt.

    ReplyDelete