Followers

Thursday, November 4, 2010

khas untukmu wanita-part 1


Salam….seperti biasa,blog saya nie memang lebih fokus pada wanita…sebab saya pun wanita..sebab wanita nie sangat perlu dijaga…supaya tak termasuk dalam golongan yg menyebabkan fitnah di akhir zaman..saya suka menulis tentang wanita moga-moga kita dapat perbaiki diri kita menjadi seindah hiasan di dunia nie iatu wanita solehah..

Wanita solehah..wanita solehah…asyik-asyik tulis pasal wanita solehah…

“ai..ingat senang ke nak jadi wanita solehah? Ko bolehla….aku?hm..lambatla lagi…sapela aku nie…pakai tudung pun,tudung biasa je..bukan tudung labuh macam ko..”

Ehem-ehem….confirm ke perempuan yg bertudung labuh tue wanita solehah?as long as kita menutup aurat, ikut batas syarak iatu tudung mesti menutupi dada,tidak jarang…dah dikira menutup aurat kan?jangan sempitkan pemikiran kita ye…akhlak pun kena jaga(haish husna...huhu)

Entri yg saya nak tulis nie akan ada beberapa bahagian…saya akan relatekan dengan beberapa hadis..jadi,saya akan bahagikan la sebab takut panjang sangat dan membosankan…kang jenuh pulak nak membacanya…

Untuk mendapatkan softcopy hadis nie pun,banyak ujian tau…huhu..thanks to aisyah mohd nor sebab membantu…uhibbuki fillah…^_^…..

“Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh”

Saya dah pernah tulis tentang cirri-ciri wanita solehah kan??ha….kenapa la saya nak sangat kita semua usaha menjadi wanita solehah nie?haa…sebab hadis kat atas nie la….kalau seorang wanita menjadi wanita solehah, dia lebih baik daripada 1000 orang lelaki yg tak soleh….1000 tau..bukan 100…

Then, wanita solehah nie jugak :

“Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh”

Subhanallah….mane nak cari ganjaran nie??try fikir ye..kenapa kedudukan wanita solehah tue lebih baik dari 70 org lelaki soleh??sebab…..melalui wanita yg solehah nie la,akan lahir zuriat yg soleh….wanita solehah nie akan didik anak-anak dgn acuan Islam..wanita solehah nie akan sentiasa menyokong suami,menjaga kebajikan dan maruah diri…wanita solehah nie disenangi akhlaknya oleh semua masyarakat..kira titik tolaknya,bermula dengan seorang wanita solehah……hebat kan kita??^_^

jadi...kenapa..kenapa kita tak nak usaha jadi wanita solehah?kenapa nak jadi wanita yg biasa-biasa je?

“ Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga. “

Ha…baca hadis kat atas nie pulak…khusus utk lelaki…..kalau dalam family kita ada adik beradik perempuan,then dorang melayan mereka dengan baik,bertanggungjawab,maka ada ganjaran syurga utk mereka…^_^…..sebab kan…payah tau nak jaga anak/adik perempuan..sampaikan ada perumpaan,nak jaga lembu sekandang lagi senang daripada nak jaga sorang anak perempuan…T_T…cuba bayangkan wajah ayah kita..abang kita...tahu kan di akhirat kelak,ada 4 golongan wanita yg akan menarik lelaki masuk ke neraka jika mereka melanggar perintah Allah,melakukan kemungkaran dan maksiat iatu:

1) anak perempuan

2) adik/kakak perempuan

3) isteri

4) ibu

bukan senang kan?Sebab?nak pastikan wanita nie menjaga aurat,menjaga maruah diri,taat perintah Allah..bukan mudah kan?tengok jela kat sekeliling..berapa ramai yg tengah bangga menayangkan kelebihan aurat mereka..bentuk badan yg menggiurkan..sedih kan?semoga Allah memberikan mereka hidayah…..jangan benci mereka...tapi doakan mereka..sebab kalau mereka bertaubat dan Allah ampunkan,dosa mereka akan dihapuskan..kita yg tutup aurat nie,confirm ke Allah ampunkan dosa kita?takut timbul riak ke....bangga diri...perasan baik..huhu..jadi,jangan benci mereka..tapi benci perbuatan mereka je..

“Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).”

Ok..nie hadis last utk entri nie….dari dulu,saya sangat suka hadis nie..hehe..^_^..untungnya kalau kita tergolong dalam golongan nie kan…masa baca hadis nie,saya teringat pada kak nurul mutmainnah…dia kahwin awal..dapat anak pun awal…berjaya membina baitulmuslim kan…oh..of course bab kahwin awal,ramai yg berbeza pendapat kan?hehe…

Ok…nanti saya sambung lagi…tapi…try la hayati hadis nie..betapa Allah sayangkan wanita…diminta kita menutup aurat supaya kita dapat melindungi kecantikan kita…hanya yg berhak dapat melihatnya..betapa kita disuruh menjaga akhlak kita,kerana kita mampu menghancurkan dunia…betapa Allah mengetahui batas kemampuan kita,sehingga semuanya Nampak mudah di mata..tetapi,berapa ramai antara kita yang nak merebutnya?atau hanya memandang sepi semata?rebutla..usahalah..untuk menjadi hamba Allah yg solehah….insyaAllah...kalau gagal,cuba lagi....sampat MATI..


p/s: comel kan gmbar kartun kat atas tue...huhuhuhu....

1 comment:

  1. Salam,

    Jalan-jalan dari blog ke blog orang.Tersinggah kat blog ni..padahal tak kenal pun , tapi still nak comment.boleh?

    Pasal hadis-hadis yang dinyatakan kat atas tu , lebih baik disertakan sekali taraf hadis tersebut(Shahih,Hasan, Dhaif) dan sumber perawi.Kalo mampu sertakan sekali kitabapa yang kita quote tu. Itu lagi beradab sbb takut kita plak yang menyediakan tempat kat neraka sbb berbohong atas nama nabi.

    Saya dapat kesan ada hadis palsu dalam entri kali ni.Kebiasaannya kalo nak screen hadis palsu, akan ada kelebihan2 yang yang melampau2 dalam matan tersebut.itu je la.tak berniat apa2 pun cuma rasa lebih baik kot sertakan sekali taraf hadis n perawi nya supaya kita tak termasuk alam golongan yang da ada tempat dalam api neraka.Na`uzubillah.. PEACE NO WAR y('',)

    p/s: Mutmainnah da pregnant anak kedua pun.heehee.. ;)

    ReplyDelete