Followers

Wednesday, July 20, 2011

baitulmuslim: saya nak jadi isteri solehah


salam......saya selalu terfikir...sepanjang 4 bulan berkahwin,saya dah lakukan yg terbaik ke utk suami saya?saya selalu tanya my abang:

saya: "bang,ana mintak maaf ye kalau ada layanan ana yg terkurang utk abang..kalau ada layanan yg kurang baik utk abang....kadang kala emo....."

abang: "la...ana tak salah apa-apa pun.....ana layan abang baik sangat..."abang menjawab sambil tersenyum...

malam tadi,kami sama-sama solat sunat taubat sebelum melakukan solat witir...alhamdulillah,resolusi terbaru kami utk baitulmuslim yg baru dibina ini,kami nak mengamalkan solat sunat witir setiap malam,solat dhuha setiap hari,qiamulail paling kurang seminggu sekali dan puasa sunat 3 kali sebulan..ye,kami tengah cuba utk melakukan yg terbaik...

menginjak ke angka 4 bulan usia perkahwinan, usai solat taubat dan sebelum tidur, kami muhasabah diri masing-masing...menguraikan segala persoalan,kekurangan dengan berbincang dan mencari penyelesaian..itu yg terbaik daripada bermasam muka apatah lagi meninggikan suara kan?=)

baitulmuslim......keluarga muslim...bagi saya,baitulmuslim ialah usaha utk membina keluarga yg diredhai Allah.....suami dan isteri yg sentiasa mencari redha Allah...mendidik anak-anak supaya mereka mampu mendekatkan diri kepada Allah.....usaha utk mendirikan baitulmuslim ni perlu bermula ketika masih belum berkahwin....

cara kita mengurus emosi...cara kita berdepan dengan masalah..cara kita melayan suami dan menguruskan rumahtangga...semua ini perlu diperbetulkan dulu sebelum kahwin...akhlak kita...bukan hanya ikut suka hati kita..tapi berlandaskan hukum Allah swt...

saya selalu rasa,saya masih belum melakukan yg terbaik utk suami saya..rasa banyak sangat kekurangan....kadang kala saya emo......kadang kala sedih...kadang kala rasa nak marah.....kadang kala terlepas laku...kadang kala,keinginan kita berlawanan dengan keinginan suami..di sinilah,kita praktikkan taat...as long as apa yg suami minta kita lakukan,WAJIB utk kita laksankan selagi tak melanggar syarak..ye,senang je nak tuturkan:

"saya nak jadi isteri solehah...saya nak bina baitulmuslim.."
tapi...........tindakan yg perlu dilakukan memerlukan usaha yg sangat BESAR.....kita kena banyak bersabar..kena bertolak ansur.....yes,its not easy to build a Baitumuslim....saya tak nak rumahtangga saya biasa-biasa je...saya nakkan rumahtangga yg luarbiasa....jadi,saya kena jadi isteri yg luar biasa..hamba Allah yg luar biasa....

baitulmuslim.....keluarga islam...sangat berkait dengan hubungan kita dengan Allah..bagaimana kita mewujudkan suasana Islam dalam keluarga kita...kita kena rancang dan lakukannya....baitulmuslim :-

1)mendekatkan kita dengan Dia....
2)membantu kita utk lebih bersemangat menegakkan agamaNya...
3)memberikan ketenangan kepada kita......
4)kita perlu wujudkan seberapa banyak nilai-nilai agama dalam keluarga kita..dari segi akidah,ibadah ,akhlak....
5)amanah makin berat tatkala anak-anak hadir dalam kehidupan kita...
6)baitulmuslim juga menitikberatkan rezeki halal yg kita berikan kepada ahli keluarga kita..
7)mengelakkan pembaziran,takbur,hasad dan sebagainya..
8)sama-sama membantu menegakkan agama Allah....
9)mengikut segala garis dan panduan yg telah diperintahkan oleh Allah dan rasulNya serta menjauhi perkara yg lagha dan mungkar...=)

waahhhh......kita dah tahu apa yg kita perlu buat kan?tapi...bukan senang...kita manusia...ada emosi...kadang kala,bila kemahuan suami berlawanan dengan kita,kita mula menarik muka....mula rasa tak suka...kadang kala,salah faham timbul akibat daripada perkara-perkara kecil....arghhhh..ini ke yg kita impikan dalam sebuah perkahwinan??

saat ini,iman memainkan peranan...menepis godaan syaitan yg sengaja membuatkan suami isteri sering bertelagah..padahal,puncanya hanya perkara kecil...pada ketika inilah,iman memainkan peranan..kekuatan mental diperlukan utk merasionalkan tindakan kita...lebih baik berterus terang apa yg tak kena....berbincang...its better than turn the whole world into thousand of pieces...!!

ye...baitulmuslim....perkahwinan adalah ujian....dipenuhi onak duri...penuh dengan suka duka...bukan hanya suka-suka...perkahwinan adalah percaturan yg besar..kita kena bersedia....tapi,kalau kita mampu melalui onak duri itu,insyaAllah ganjaran yg hebat menanti...baitulmuslim sangat berkait dengan cinta kita kepada Allah...selagi mana cinta kita pada Allah melebihi segalanya,insyaAllah,kita akan mampu membina baitulmuslim...kita melaksankan tanggungjawab kita sebagai isteri dengan penuh ketaatan semata-mata kerana Allah...tak kisahla kalau suami hargai atau tidak....kerana...
Bagi seorang isteri yang luarbiasa akhlaknya, tanggungjawabnya lebih utama dari hak yang perlu dituntut. Tanggungjawab akan dikira di depan Allah berbanding dengan hak.
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman yang kira-kira bermaksud:
"Wahai anak Adam! Luangkanlah masa kamu untuk beribadah kepadaKu dan Aku pastinya akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan kesenangan (iaitu merasa puashati dan bebas dari kesusahan) dan membebaskan kamu daripada bergantung (pada orang lain untuk keperluanmu) tetapi sekiranya kamu tidak melakukannya maka Aku akan memenuhi dadamu dengan perasaan gelisah dan rasa bersalah dan tidak akan membebaskanmu daripada bantuanmu (dan keperluan)."

bila kita meletakkan segalanya kerana Allah,insyaAllah kita akan bahagia....sebab bahagia itu takkan datang bergolek.......bahagia itu milik Allah..banyak ujian yg menanti kita..kenapa?sebab balasannya syurga insyaAllah....isteri yg biasa je akan mudah putus asa bila ujian menimpa...bila rasa kekurangan pasangan terlalu sukar utk diterima....isteri yg luar biasa tak mudah mengalah...akan berusaha sebaik mungkin...sama-sama menggalas tanggungjawab..menjadi suri di hati suami....isteri solehah sentiasa menenangkan suami bila suami memandangnya...menghiburkan suami bila suami berduka..sentiasa membantu suami..tak membebankan suami...terima segalanya seadanya....jika ada kekurangan,sama-sama berbincang dan cari penyelesaian..bukannya seorang menghadap ke utara,seorang lagi ke selatan....

jadi,kita kena pertingkatkan usaha...baik suami,mahupun isteri...sentiasa bersyukur dengan segala kebaikan pasangan kita...dan berlapang dada dengan kelemahannya..jangan sekali-kali membandingkan pasangan kita dengan orang lain..pohonlah kemaafan antara satu sama lain setiap kali usai solat..kucup kedua pipi dan dahinya..kerana di situ terselit nikmat ketenangan....key point yg penting:

baitulmuslim berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah.......=)

No comments:

Post a Comment