Followers

Tuesday, February 2, 2010

halaqah: tajuk istiqamah...

salam....pukul 8 malam tadi, saya ada perbincangan halaqah,salah satu requirement di UIA ini..alhamdulillah..kalau saya tidak belajar di UIA,mungkin saya langsung tidak terlibat dengan perbincangan seperti ini..aturan Allah itu indah kan?

tajuk kali ini dibentangkan oleh sahabat saya iatu ainul dan aishah ibrahim..kami berbincang tentang definisi istiqamah..

definisi: menuju ke jalan yang sepatutnya iatu agama yang benar.

secara lebih khusus, istiqamah sebenarnya merangkumi semua aspek kehidupan iatu tauhid, takallif dan juga ikhlas..secara tidak langsung, ia bermula dari rasa takut pada Allah..kemudian mematuhi perintah Allah yang akhirnya membawa kepada ikhlas...

dalam surah AL-Fussilat ayat 30, "sesungguhnya orang-orang yang berkata,"tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka dengan berkata "janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan kepadamu".


kepentingan istiqamah:1) membawa keikhlasan
2)membersihkan hati
3) mampu mengajak orang lain dan mendekati mereka


macam mane ye? 1)sentiasa muhasabah dan memohon keampunan Allah
2)sentiasa memberi komitmen
3)memilih kawan yang baik yang dapat menyokong kita

hendaklah kita berusaha untuk istiqamah melalui diri kita terlebih dahulu supaya kita daopat meletakkan penanda aras dalam meningkatkan ibadah kita...amalan yang kecil tetapi berterusan lebih disukai Allah berbanding amalan yang besar tetapi hanya sekerat jalan...


saya tertarik dengan rukun kufur yang dikongsi oleh naqibah kami tadi iatu:
1) megah,riak,tamak
2) munafik
3) marah
4)syahwat
5) hasad


naqibah kami,sis salwa turut berkongsi tentang "7 wonders" dalam aspek islam iatu:
1)love
2)fear
3)sincerity
4)grateful
5)tawakkal
6)patient
7)ihsan


hebatkan Islam???

No comments:

Post a Comment