Followers

Monday, June 6, 2011

kenduri di kelantan...=)


salam..apa khabar semua?moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya....alhamdulillah....setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana majlis perkahwinan di kelantan berjalan lancar..insyaAllah,esok akan diadakan majlis sambut menantu di pihak suami saya di kuala terengganu...

persiapan majlis di kelantan diadakan dengan pertolongan mak-mak saudara saya,nenek dan saudara mara terdekat..sehari sebelum majlis,ramai saudara yg tidur di teratak kami di kelantan ni....perasaan saya?dah tak berdebar..lain sangat kalau nak compare dengan waktu nikah dulu....kenduri ni,saya rileks je....hehe..sebab dah kahwin kot....=)

kenduri di kelantan,family saya hanya adakan majlis kesyukuran...bukan 'ngelei'....er....saya tak tahu orang luar panggil 'ngelei' nie sebagai apa..huhu..adat orang kelantan kot....waktu kenduri,supposely Abang dan family tiba dalam pukul 12.30 tengahari..tapi,atas sebab tertentu,jammed di kota bahru..pukul 2 petang,barulah mereka sampai...apapun,saya bersyukur semuanya berjalan lancar....ada sedikit perkara yg meragut kegembiraan saya..tapi tak pela....adalah hikmahnya kan...

ramai jugak sahabat-sahabat yg hadir....mostly daripada UIA la....dan zakiah..kawan masa mrsm dulu.....thanks banyak-banyak pada sahabat yg hadir..ada dari johor...ada yg sanggup naik bas dari Penang dan naik teksi dari kota bahru semata-mata nak datang ke walimah kami....terharunya rasa....bersalah pun ada sebab macam menyusahkan sahabat baik suami saya tue..huhu....

hari kenduri..adoi..memang penat dan panas sebab kena pakai baju pengantin selama 6 jam....huhu....thanks pada family saya sebab banyak membantu....especially abang dan adik lelaki saya yg sudi menjadi guider pada sahabat-sahabat yg sesat..hehe..dah agak dah..sebab kampung saya memang jauh di pedalaman.....hehe....kenduri berakhir pukul 7 malam....memnag kenduri di kelantan takkan berakhir awal...=)

malamnya,saya dan family termasuk Abang mula mengemas barang..tapi,sebab penat sangat,saya dan Abang hanya basuh periuk belanga keesokan paginya...huhu..sebelum Abang bertolak balik ke terengganu untuk persiapan kenduri esok pula....

petangnya,saya dan keluarga termasuk abang ipar pergi bersiar-siar di pantai geting...saje nak expose anak saudara saya,imani dengan pasir dan pantai...kira first time dia jumpa pantai..tapi...lamgsung tak takut..huhu..then,kami solat maghrib di surau sebelun dinner together..alang-alang menyambut ulang tahun perkahwinan ma ayah saya yg ke-24...=) hadiah?ma cakap,hadiahnya ialah dapat menantu baru...hehe.....

ok la.....itu je update untuk kenduri di kelantan..nanti saya tulis lagi ye.....=)

2 comments:

  1. salam, tahniah lagi, hehe, husna, letak la gambar utk kitorang yg jauh ni, hehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak. seorang lagi blogger yang azza jumpa berkahwin muda. alhamdulilah dengan sedikit info daripada akak membuatkan azza tak sabar nak menjejaki dunia perkahwinan walaupun baru berusia belasan tahun. niat berkahwin tu ada. cuma calon sahaja yang takda. hehehe. teringin juga nak habiskan dunia bujang sebelum mencecah umur 20 tahun :) lebih-2 lagi bila mendapat green light daripada parents. alhamdulilah, syukur pada Allah.


    berkenaan tempat tinggal akak, akak stay around pantai sri tujuh ye? Allahuakbar. kita dekat sangat ;) Allah pertemukan kita dekat sini. Bermula jam 2 petang, azza konker blog akak dan pelbagai info yang azza temui. terima kasih ye akak. sebetulnya terima kasih banyak-banyak atas segala perkongsian. semoga Allah memberkati perkahwinan akak dengan cik abang dan tak terlambat lagi kan nak ucap selamat jadi ibu pada hasya. hehehe. barakallah ! :)

    ReplyDelete