Followers

Wednesday, June 15, 2011

mati dan ujian sakit..

salam.....sebenarnya,baru dapat tahu tentang kematian seorang sahabat saya iatu adhamerudin,pelajar tahun dua, di UIA kuantan pagi tadi......al fatihah utk arwah dan juga adik kepada kenalan saya juga di UIA kuantan...semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di Jannah insyaAllah....masa di UIA PJ,saya pernah bekerjasama dengan arwah adha untuk satu program...bila di kuantan,setiap kali terserempak,dia pasti senyum...langsung tak sombong..jadi,saya terkejut bila dapat tahu tentang berita ni....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dua Rakan Lemas Ketika Mandi Di Sg Pasir Kemudi

KUANTAN: Seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan dan sahabatnya mati lemas ketika mandi-manda di Sungai Pasir Kemudi, Sungai Lembing dekat sini pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata, mangsa tersebut penuntut Fakulti Biologi Mohd Adhamerudin Omar, 22, yang berasal dari Padang Sanai, Padang Terap, Kedah dan Amirul Hakim Mustafa, 19, dari Indera Mahkota di sini.

Katanya sebelum kejadian, kedua-dua sahabat itu bersama dua lagi rakan mereka dipercayai mendaki Bukit Panorama di Sungai Lembing selepas solat Subuh di Masjid Sungai Lembing.

"Kesemua mereka kemudiannya turun dari bukit berkenaan dan terus ke sungai itu di mana dua mangsa berkenaan telah turun ke dalam sungai manakala dua lagi rakannya menyediakan makanan di darat," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Zulkifli berkata ketika sedang mandi-manda pada pukul 8.30 pagi tadi, salah seorang daripada mangsa didapati lemas dan beliau cuba dibantu oleh seorang lagi mangsa sebelum kedua-duanya tenggelam.

"Dua rakan mereka cuba membantu tetapi tidak sempat sebelum kedua-duanya membuat laporan mengenai kejadian itu," katanya.

Menurutnya sepasukan anggota polis, bomba dan orang ramai melancarkan operasi mencari dan menyelamat sejurus selepas itu berjaya menemui mangsa kira-kira sejam kemudian tidak jauh dari lokasi mangsa hilang.

Katanya kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

sepatutnya,saya plan nak start posting pagi tadi...tapi,terpaksa dibatalkan sebab anak saudara saya terpaksa dimasukkan ke wad sebab demam panas berterusan selama seminggu dan juga disebabkan oleh penyakit kenan....jadi,tadi kami sibuk uruskan utk admit dia ke wad la...kebetulan akak saya merupakan staff di wad kanak-kanak hospital temerloh,jadi mudah sikitla....tak sam[ai hati sangat bila tengok keadaan Imani yg tak bermaya..nak berdiri pun terketar-ketar...biasanya,dia sangat aktif..tak duduk diam....banyak makan...tapi,sejak demam,berat badannya menyusut,tak ada selera makan....susah nak tidur.....jadi,buat sementara ni,kami kena ulang alik ke hospital la...sebab saya dan Abang je yg boleh drive ke hospital.....doakan Imani cepat sembuh ye...=)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

ajal...sakit...kedua-duanya adalah ujian Allah utk manusia..mati itu pasti..tapi,kita tak tahu bila,bagaimana,apa puncanya kematian kita nanti...sama ada dalam keadaan husnul khatimah(baik) atau suul khatimah(buruk)........jadi,bila kita mendengar khabar kematian,secara tak langsung,ianya memberi peringatan kepada kita utk memperbaiki diri kita..menambah amalan kita.....mengurangkan dosa-dosa kita..memperbanyakkan istighfar dan lain-lain..

kita juga mula berfikir.....kalau sampai ajal kita nanti,adakah cukup amalan kita utk masuk ke syurgaNya?adakah semua amalan kita diterimaNya?betul ke kita ikhlas melakukan suruhanNya?saya takut......korang pun perlu takut......

jika ada di kalangan sauadara mara,sahabat yg menehur kita ke arah kebaikan,maka terimalah dengan berlapang dada...ada satu kisah bila seorang lelaki menegur jirannya supaya berhenti solat maghrib kerana bimbang dia asyik lega menilik keretanya...tapi,ajakan lelaki itu dibalas dengan:

'ala....orang yg sembahyang pun,belum tentu masuk syurga !"

yes...memang belum tentu..tapi,itu usaha kita..untuk masuk syurga,kita lakukan semua suruhan Allah dan tinggalkan segala laranganNya..bukan tanpa segan silu MELANGGAR suruhan Allah..siapalah kita untuk mendabik dada pada pencipta kita??

jangan pula kita memandang rendah pada orang lain..merasakan diri kita lebih bagus...lebih alim...lebih warak..hanya kerana kita bertudung labuh.......hanya kerana kita rasa kita dah buat semua suruhan Allah....kerana tanpa sedar,kita dah mula rasa riak dan ujub...

ingatlah.....buatlah suruhan Allah dengan ikhlas..bukan kerana nak rasa diri kita lebih baik..lebih hebat..jangan pula suka-suka hati je melanggar suruhan Allah sebab rasa orang yg melakukan suruhan Allah itu hipokrit...ketahuilah.......syurga dan neraka itu,hanya Allah yg Maha Mengetahui..apa yg mampu kita buat,usaha yg terbaik...bersangka baik dengan Allah...

nasihat ni lebih kepada diri saya sendiri...semoga kita sama-sama mengambil pelajarannya...insyaAllah....=)

No comments:

Post a Comment