Followers

Monday, July 4, 2011

tentang kuning....

salam.....saya tertarik dengan tulisan sahabat saya ni di blognya....

ada banyak pandangan tentang perhimpunan BERSIH kan?ada yg sokong....ada yg tak..tapi.....saya suka tulisan ni..

Lebih daripada 2 minggu, berita di media massa tidak berubah. Baik surat khabar mahupun TV, semua bercerita mengenai Perhimpunan Rakyat [Bersih 2.0]. Aku mula muak dan bosan dengan berita yang disiarkan. Semua berita menunjukkan rakyat menentang Bersih 2.0. Benarkah sedemikian? Mustahil! Terbukti media amat berat sebelah dan tuntutan Bersih 2.0 yang keempat amat sesuai dengan keadaan ini. Ketahui apa itu Bersih 2.0.

Tuntutan Bersih 2.0
  1. BERSIHkan Senarai Daftar Pemilih
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
untuk dengar
Perhimpunan Bersih 2.0 dikatakan haram. Haram kerana tiada permit. Tapi mana mungkin permit akan diperoleh. Belum pun sempat pihak penganjur memohon permit untuk berhimpun, pihak polis telah mengeluarkan kenyataannya tidak akan mengeluarkan permit. Kelakar! Tiada ruang dan peluang langsung kepada pengajur Bersih 2.0 untuk meng'halal'kan perhimpunan ini.

Bukan setakat rakyat marhaen yang menyokong Bersih 2.0. Sasterawan negara yang ke-4 (1985), A. Samad Said turut menyatakan sokongan terhadap Bersih 2.0 . Jelas di situ bahawa beliau hanya mahu melihat pilihan raya di negara kita dijalankan secara telus dan adil. Seluruh rakyat Malaysia yang menyokong bersih turut mempunyai harapan yang sama. Lawak! Kerana sokongan kepada Bersih 2.0, A. Samad Said diugut untuk ditarik balik gelaran sasterawan. Aku yakin A.Samad Said tidak kisah dengan ugutan tersebut. Andainya ditarik balik gelaran, terbukti kebebasan bersuara semakin lenyap di negara kita.

Baru-baru ini juga, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin mengeluarkan kenyataan bahawa baju T bersih ialah haram. Pihak polis juga diberi lampu hijau untuk menangkap sesiapa yang memakai baju T bersih. Baru aku tahu pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan rakyat kerana pakaian yang dipakai. Aku cadangkan kepada Hisham untuk arahkan pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang berpakaian tidak menutup aurat. Skirt, short, lagging, baju jarang, tudung bonggol unta semuanya HARAM di sisi Islam. Andainya arahan ni dikeluarkan pasti tiada lagi rakyat berpakaian mencolok mata di khalayak ramai. Tapi sayang arahan tangkapan ini hanya valid untuk baju T bersih yang terang-terangan menutup aurat si pemakai!

Lagi satu isu yang dimainkan kerajaan ialah Bersih 2.0 diketuai oleh Dato Ambiga Sreenavasaan . Rakyat menyokong Bersih 2.0 tidak bermakna mereka turut menyokong Ambiga. Tidak kisahlah siapa pun yang mengepalai Bersih 2.0. Mereka turun bukan kerana kepala tersebut. Mereka turun ke jalan dengan harapan supaya pilihan raya di negara kita berlangsung dengan adil dan saksama. Tiada lagi tipu muslihat dan berat sebelah berlaku.

Golongan agamawan juga turut menghangatkan suasana. Ada yang menyokong, ada yang menentang. Kedua-dua pendapat ialah ijtihad ulama berlandaskan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah. Jangan sesekali mengutuk dan mencerca ulama yang tidak bersependapat dengan kita. Belapang dadalah.


Matlamat Bersih 2.0 sudah jelas. Menuntut satu sistem dan perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil untuk Malaysia. Sepatutnya kerajaan dan pembangkang bersatu padu untuk mencapai matlamat murni tersebut. Elakkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan huru hara. Semoga Bersih 2.0 menjadi titik tolak ke arah pilihan raya yang telus dan adil di negara kita.

p/s: ini pandangan saya....lagipun,negara kita demokrasi kan...

No comments:

Post a Comment