Followers

Monday, September 27, 2010

2nd IIUM national pharmacy quiz 2010..



salam..alhamdulillah,saya diberi kesempatan utk menulis lagi selepas seminggu bertungkus lumus tanpa rehat,tidur pun 3 jam je utk memastikan quiz nie berjalan dengan lancar..persediaan yg dilakukan bermula daripada awal semester lagi akhirnya membuahkan hasil yg saya kira sangat bernilai iatu PENGALAMAN..

memegang amanah sebagai Quiz Coordinator sangat mencabar...lagi-lagi ini adalah pengalaman pertama saya menjadi penyelaras kepada program bertaraf kebangsaan...pada awalnya rasa tak mampu tapi alhamdulillah,saya cuba yg terbaik dan menerima tunjuk ajar daripada senior sy...one more thing yg saya suka ialah bila tema warna utk quiz nie ialah purple which is my favourite colour..hehe

sepanjang sabtu dan ahad yg lepas,quiz ini berlangsung..sy bertanggungjawab memastikan quiz berjalan dgn lancar bermula daripada preliminary round examination,quater final round,semi final dan grand final...sangat mencabar...penat,stress,kelam kabut,dan lain-lain..sangat mementingkan pengawalan emosi...alhamdulillah,saya mempunyai subcommittee di bawah sy yg sangat komited dan mendengar setiap arahan yg diberi...

so far, UIA mendapat tempat ketiga tahun nie..quiz dimenangi oleh AIMST dan naib johan pula ialah USM...perasaan saya??rasanya elbih berdebar daripada participants..saya kena sentiasa alert..memastikan Quiz moderator tak melakukan kesilapan....dan paling penting,memastikan kredibiliti kuiz nie....bermula daripada format kuiz,rules and regulations dan lain-lain..sememangnya sangat mencabar..

kenapa?sebab saya kena berurusan dengan lecturer yg berpangkat Dr, assoc prof, prof....judges from other universities....huhu...paling mencabar,bila saya kena briefing tentang format quiz kepada semua prof-prof yg menjadi judges utk national quiz ni..

sesuatu pgram takkan berjalan lancar jika kita tak bekerja sebagai satu team...seperti contoh,sbgai quiz coordinator,saya memerlukan pertolongan Prep & tech utk uruskan tempat,PA system,aircond,mic dan lain-lain..memerlukan Multimedia utk sediakan software marking system..dan mcm-mcm lagi..jadi,dlm sesuatu pgram,communication skills sangatlah penting...

kita juga terpaksa berhadapan dgn committee yg hanya inginkan nama dan sijil tapi tak menjalankan tanggungjawab yg diberi..banyak cabarannya...apapun,pengalaman ini sangat bernilai sebab bila kita berada di alam pekerjaan nanti,kita juga akan uruskan conference or pgram-pgram..jadi,soft skills sangatlah penting..apapun,thanks to all committees.......

kesibukan terlampau sepanjang minggu lepas sangat mencabar..terpaksa korbankan masa utk study kuiz pharmacology dan juga exam UNGS utk uruskan pgram nie..tapi at the same time,dapat buat saya lupa seketika tentang kesedihan yg melanda...semoga setiap pengorbanan dan usaha kita dalam memastikan kelancaran program diterima sebagai salah satu ibadah kepadaNya..insyaAllah..

ok...take care....jaga solat..jaga ibadah..=)...



Thursday, September 23, 2010

ya Allah...

ya Allah............

tolonglah hambaMu ini....

hentikan air mata yg mengalir tanpa henti...

sakitnya, ya Allah..

pedih...

berat....

aku tak mampu berpura-pura gembira...

sedangkan hati menangis dan merintih...

ya Allah...................

Engkau yg Maha Mengetahui.....

bantulah aku ya Allah.....

Kau timpakan ujian di saat aku sedang tertekan...

menambah derita yg sedia menggunung...

ya Allah....

aku ingin bahagia....

terlalu tinggikah ia...

atau hanya alasan semata...

ya Allah..

ya Allah..

sakitnya........tak dapat dilihat di mata...

sembuhkan aku....................

kuatkan aku....................

tenangkan aku......................

atau mungkin ini suatu tanda...

bahawa taubatku masih belum diterima.....


ya Allah....




T_T .................

Monday, September 20, 2010

alhamdulillah...dipanjangkan umur...


salam....alhamdulillah...hari ini,saya genap berumur 21 tahun...satu angka yg sering kali dijadikan pengukur sebelum memasuki fasa dewasa...sy bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umur sy..moga-moga dengan sisa umur yg semakin berkurangan,saya dapat gunakan semaksima mungkin utk melakukan amar makruf dan nahi mungkar di atas muka bumi nie...

terima kasih pada sahabat sahabiah yg mendoakan saya melalui SMS, facebook, dan lain-lain...semoga Allah memberkati kita semua..

hari lahir..satu saat yg saya kira menggembirakan....gembira ke?boleh je nak bergembira..tapi still kena jaga batas...boleh je nak buat sambutan besday..tapi still dalam batas agama...hari lahir..bagi saya,biasa-biasa je..saya gembira bila org yg saya sayangi wish dan ingat besday saya....alhamdulillah,Allah panjangkan umur saya...

dengan pertambahan umur ini..moga-moga kematangan dan juga semangat saya utk mendekatkan diri kepada Allah kian membara..moga Allah permudahkan segalanya...tahun lepas, hari lahir sy jatuh pada 1 syawal...jadi saya dapat meraikannya dgn keluarga besar saya di kampung..bukan buat majlis pun..sy kan dah besar..

selain dari tue...besday yg saya akan ingat setiap tahun ialah masa sambut besday 2 tahun lepas..iatu masa umur sy 19 tahun...family MEDCY saya mengadakan sambutan besday utk committee yg lahir daripada bulan 4 sampai bulan 10..dan kebetulan tarikh celebration tue jatuh pada tarikh besday saya..kebetulan ada seorang lagi committee brother yg mempunyai tarikh lahir sama dgn sy..jadi,kami digelar 'kembar'..hehe..brother yg tengah buat 'peace' kat gambar bawah nie la kembar sy..rizman...

hubungan kami memang macam satu family..walaupun di UIA kuantan nie,kami dah berpisah ikut course masing-masing..tapi,ukhwah tetap utuh...moga ukhwah kita berkekalan...=) nie gambar masa 2 tahun lepas..










saya bersyukur sangat sebab ada ukhwah yg mantap macam nie..masa majlis nie,kebetulan masa bulan puasa..jadi,siangnya kami buat induction utk semua commitee..then,ifthar(berbuka puasa) bersama-sama..then,kami solat maghrib berjemaah,tazkirah,solat isyak,solat terawikh dan moreh...semuanta berjemaah...sangat best...menu berbuka puasa yg saya ingat ialah nasi minyak or nasi beriani...utk moreh,kami makan kek secret recipe, pizza,nugget,kentang,pisang...banyak betul makanan..alhamdulillah,murah rezeki...hehe..

masa majlis nie,kami still jaga batas agama....lelaki dan perempuan tak bercampur..then,ada sesi taaruf lagi sekali..ada video..best sangat..hehe
apapun...semoga segala yg baik ini berkekalan...ok...=)

Friday, September 17, 2010

kenangan: my mrsm's classmates(5 Ad-Dinawari)..



salam...ntah kenapa..saya teringatkan classmates saya sepanjang berada di MRSM muadzam shah dulu..banyak suka duka yg kami lalui bersama..konflik-konflik dalaman pun banyak jugak..biasalah darah muda kan...asyik membuak-buak je..hehe...

ok....yang tengah duduk,dari kiri: zakiah@zack, asma, wani, aini, haidir, syamira, saya, umie, faii dan shikin..
dari belakang dari kiri: faiz tempe, akem, piee@shafei, parley@fazli, syabab@syafiq, kepe@irfan, abid, aizat, shahril, hattadi, faiz potter..

hehe..ok la...sy nak update tentang dorang nie..dah lama tak jumpe..setakat yg saya tahu.....dorang sekarang nie belajar dekat:

zakiah- UiTM johor
asma- UKM
wani- UTM
aini-UPM
haidir- UiTM shah Alam
syamira- UPM
saya- UIA kuantan
umie- tak confirm U mane...
faii- UiTM machang,kelate
shikin- china
faiz tempe- australia
akem- UK
piee- jepun
parley- UPNM
syabab- UiTM shah alam
kepe- UIA gombak
abid- UiTM penang
aizat- UTM
shahril-UTeM
hattadi- UiTM shah Alam
faiz potter- indonesia..

alhamdulillah...semua dapat further study kan...sy rindukan korang..saat-saat kita belajar bersama....ha...jumlah pelajar tak ramai pun kan?21 orang je...dan dalam kelas saya,pelajar perempuan lagi sikit dari pelajar lelaki..hehe








ok la...lain kali saya cite lagi ye..

Wednesday, September 15, 2010

suam-suam kuku.....


salam.....apa khabar semua?harap semuanya diberi kesihatan dan nikmat Iman yg mantap sentiasa...apa benda yg suam-suam kuku nie ye???ha.....apa yg saya nak tulis ialah berkaitan taubat..taubat yg hanya suam-suam kuku..

cuba bayangkan...kita ada melakukan dosa tak kiralah dosa besar atau dosa kecil..dan kemudian kita bertaubat..dengan sebenar-benar taubat..betul-betul menyesal atas setiap kesilapan yg kita lakukan dan kita berazam utk tidak mengulanginya lagi...

tapi...kadang-kala,kita terfikir kembali segala keseronokan ketika kita melakukan dosa-dosa tue...dan kadang-kala,kita akan kembali tewas dan akhirnya mengulangi kembali dosa-dosa tue..dalam hati terbit rasa bersalah,tapi kita dah tak mampu menahan diri utk tak mengulanginya....apa yg jadi pada taubat yg kita sangkakan adalah taubat nasuha tadi??

dilema nie kadang kala berlaku pada diri saya sendiri..sebab tue saya berfikir utk tulis tentang nie..dan kebetulan saya ada baca artikel tentang nie di www.zaharuddin.net ..jadi,inilah jawapannya..

bila kita kembali mengulangi dosa-dosa silam walaupun dah bertaubat,mesti terdetik:

'Ya Allah..ampunkan dosaku..jahatnya aku Ya Allah kerana tak mampu menahan diri dan nafsuku...ya Allah...terimalah taubatku...lemahnya aku...lemahnya iman aku..'

kita merintih..kita kembali takut pada seksaan Allah sebab memang kita dah niat utk tak mengulanginya lagi...taubat kita hanya ibarat suam-suam kuku je..tak berpanjangan..tak kekal....

ok..antara cara utk dapatkan taubat nasuha ialah:

1) Bertaubat yang timbul dari ilmu dan kesedaran Islam dan bukan kerana desakan luaran. Jika belum ketemui ilmu itu, cari dan bacalah sedalamnya agar taubat ini lahir dari ilmu dan iman bukannya yang lain.

jangan sekali-kali bertaubat sebab orang lain..tapi bertaubatlah kerana Allah...jangan sebab didesak dan dipaksa..tapi biarlah ia datang dari lubuk hati kita..yg betul-betul inginkan keampunan dariNya..

2) Bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa yang telah terlanjur itu. Firman Allah :-

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya : Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)

kadang-kadang kita terfikir..Allah ampunkan ke dosa-dosa kita?sedangkan kita asyik ulang dosa-dosa tue walaupun dah bertaubat..rasa diri kita nie kerdil sangat..kotor..hina....tapi jelasla pada ayat kat atas nie bahawa Allah itu Maha Pengampun..=)

3) Segera menangisi dosa yang telah anda lakukan dengan benar-benar keinsafan. Anda perlu menitiskan air mata untuk ini, air mata insaf dan bukan dibuat-buat.

jangan malu utk menangis,merayu pada Allah...menangislah sepuas hati..moga-moga Allah ampunkan segala dosa kita...

4) Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu.

hm..bagi saya,apa yg saya buat ialah tinggalkan punca ke arah dosa-dosa tue..jauhkan diri kita...istighfar dan jangan bersendirian....cubalah ye...

Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : Yang terpenting dalam masalah azam dan tekad ini adalah agar azam itu kuat dan betul-betul, saat bertaubat. Dengan tanpa disertai oleh keraguan atau kerinduan untuk kembali melakukan kemaksiatan, atau juga berpikir untuk mengerjakannya kembali. Taubat itu tidak batal jika suatu saat tekadnya itu sedikit melemah kemudian ia terlena oleh dirinya, tertipu oleh syaitan sehingga ia terlanjur, dan kembali melakukan kemaksiatan. (At-Taubatu Ilallah, Al-Qaradawi )

5) Wajib menjauhkan diri dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah dosa-dosa tadi..

6) Berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah).
Firman Allah SWT ertinya :

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً

Ertinya : "Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)

7) Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah :

إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَـئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيم
Ertinya : " Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang" ( Al-Furqaan : 70 ).

kita akan rasa sedih sangat bila kita kembali ulang dosa-dosa silam..rasa kita ni jahat sangat...walaupun kita dah bertaubat tapi kita still ulang..apa yg kita mampu buat?kita usaha lagi...usaha dan usaha tanpa putus asa....ada satu kata-kata yg begitu menyentuh hati saya bila mendengarnya...iatu:

"kita bukan baik tapi nampak macam kita nie baik sebab Allah tutup segala keaiban kita..segala kelemahan dan dosa-dosa kita daripada pandagan manusia yg lain"

bila dengar je kata-kata oleh ustaz nie,air mata saya bercucuran...kebetulan waktu tue,saya terlibat dgn pgram muhasabah diri sempena Nuzul Quran yg lepas...betapa kerdilnya diri saya..rasa mcm ayat tue sangat sesuai utk saya....betapa banyak dosa yg saya buat,tapi Allah tutup aib saya...Allahuakbar...ALLAH MAHA BESAR...

setiap point tentang cara taubat nasuha kat atas tadi, saya ambil daripada link ust zaharuddin..cuma saya huraikan sendiri je..yg lain-lain adalah hasil tulisan saya...sama-sama kongsikan ye..insyaAllah..

Sunday, September 12, 2010

beraya dengan beradab...=)


salam......mesti semua orang tengah excited nak beraya kan??hehe...saya duk tengah fikir tentang betapa banyaknya kerja yg menanti sebaik saje cuti raya nie habis...ada assignments,lab reports,presentation,macam-macam lagi..haish...jadi,saya akan balik ke UIA lebih awal iatu khamis nie..insyaAllah...

bercerita tentang raya...kadang-kala kita terlepas laku dalam menjaga adab ketika beraya....antara perkara yg wajar diberi perhatian ialah:

1) menjaga sentuhan dan pergaulan..
-biasalah bila beraya,kita akan bersalaman kan?bila kita beraya rumah saudara mara,sahabat handai...tapi...pastikan kita tidak bersalam dengan insan yg bukan mahram dgn kita...ye,memang kita digalakkan menziarahi dan mengeratkan silaturahim,tapi jangan sampai melanggar larangan agama...pastikan jugak pergaulan antara lelaki dan wanita masih dalam batas yg disarankan agama...jangan jadikan majlis hari raya tue sebagai tempat mengumpul dosa pulak ye....tak ada masalah pun utk beramah mesra dalam batas yg masih terjaga..=)

2) aurat antara ipar duai dan tetamu..
-ada segelintir di antara kita bila di rumah,tak menutup aurat setiap kali tetamu datang ke rumah...ataupun ada yg menyarung tudung tetapi lengan terdedah...seharusnya kita menjaga aurat kita tak kira di mana pun tau..termasuk la dengan ipar duai,sepupu..payah jugak kan?tapi usahalah ye....

3)wangian wanita..
-bercakap pasal minyak wangi nie,biasanya memang wanita gemar memakai wangian yg melampau....agaknya sampai separuh botol kot habis digunakan setiap kali nak keluar rumah..elakkanlah ye..kalau nak pakai,cukuplah hanya secalit dua je.....lagipun kalau kita menjaga kebersihan diri,insyaAllah takkan ada bau kurang menyenangkan pada kita..

4) pakaian wanita
-ha..ni satu lagi...biasalah wanita kan....sibuk nak melawa kan..lagi-lagi sekarang nie macam-macam fesyen ada...tapi,pastikan pakaian kita tue menutup aurat.....ye...=)

5) ziarah kubur tanpa adab..
-ha..berdosa tau kalau kita duduk kat atas kubur orang lain masa ziarah kubur saudara mara kita.....saya pernah tanya ustaz..huhu.....hormatilah kubur orang lain ye.....

6) meninggalkan solat..
-ha..ni satu lagi..biasalah sibuk sangat nak beraya sampaikan terlepas waktu solat..alasan yg diberi,segan nak tumpang solat kat rumah orang...haish...tak ada masalah pun kalau nak tumpang solat...tak pun,singgah jela kat masjid ke..surau ke...ada pulak yg takut make-up yg dipakai hilang kalau solat..haish..tak boleh macam tue ye....solat tue kan wajib...=)

7) dosa bertempoh..
-ha....ada pulak sebahagian daripada kita,jadi baik bila bulan puasa..sebagai tanda hormat pada bulan puasa..tapi masuk je bulan syawal,dendam kesumat kembali membara....seola-olah memang dah niat,akan buat balik dosa tue bila habis bulan ramadhan..sia-sialah kita memohon keampunan selama sebulan tue kan..

hal ini bertepatan dgn satu hadis Rasulullah saw yg bermaksud:
"sesiapa yg merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dgn perlakuan dosanya,itulah ciri mukmin sejati"(riwayat At-Tarmizi)

bukanlah tak boleh langsung kita bergembira..tapi pastikan adab semasa beraya dijaga...jadi,sama-samalah amal ye..dan boleh la sama-sama melakukan ibadah sunat di bulan syawal iatu puasa 6..banyak fadilatnya tau...

di akhir zaman nie,kita memandang pelik bila orang mengamalkan sunnah dan mengikut hukum Islam...tapi senang hati bila melihat orang melakukan maksiat dan dosa..contoh....kita rasa pelik bila tengok orang berpurdah,lelaki berjubah dan berjanggut,wanita bertudung labuh dan lain-lain..tapi kita tak pelik bila tengok wanita tak bertudung,pasangan yg berdua-duaan dan berpegangan tangan,lelaki berseluar pendek,org Islam mewarnakan rambut dan lain-lain....

fikirkan ye...selamat beraya..=)

Wednesday, September 8, 2010

salam aidilfitri..maaf zahir batin..=)



salam....di kesempatan ini,saya SITI HUSNA IZZATI BT MUHAMAD OTHMAN ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN kepada semua sahabat-sahabat yg mengenali saya melalui blog nie dan juga kepada semua yg sudi singgah di blog nie...maafkan saya andai kata kewujudan blog nie membwa kesan yg negatif kepada semua...maafkan saya andai apa yg saya tulis nie kadang-kala beremosi dan lain-lain....terima kasih pada sahabat-sahabat yg mengenali saya yg sentiasa menyokong usaha saya dalam meneruskan blog ni....

semoga kedatangan syawal ini membawa kebaikan kepada kita semua...sedihnya rasa bila Ramadhan kian berlalu pergi....sempat ke kita bertemu Ramadhan yg akan datang??kita tak tahu....

bercerita tentang sambutan aidilfitri,saya hanya menyambutnya di Pahang bersama keluarga...sedihnya sebab tak dapat pulang ke kampung yg juga merupakan negeri kelahiran saya iatu Kelantan darul naim....tak dapat nak berkumpul dengan saudara mara yg memang sangat jarang dapat berjumpa..kadang-kdang setahun sekali je dapat jumpa..tu pun sekejap je....huhu...tak dapat jumpa nenek saya...tak dapat ziarah kubur arwah tok ayah dan tok wan saya....takpelah..insyaAllah raya haji nanti kami akan balik ke kelantan....

menu hari raya yg saya suka...hm...tak ada sebenarnya..tak ada makanan yg saya betol2 suka...tapi sejak 2,3 tahun lepas,saya jadi suka makan ketupat nasi daun palas....dengan rendang..hehe..tapi,saya tak reti nak anyam ketupat walaupun dah banyak kali belajar...apala husna ni.....

kuih raya...hm..biasa-biasa je..saya makan je...tak ada kuih yg saya betol2 suka....lagipun saya lagi suka makan kerepek daripada makan kuih raya..hehe....sambut raya di pahang pun best jugak walaupun tak ada saudara kat sini..saudara mara saya ramai kat kelantan dan terengganu....T_T...tu yg sedih tue...

ok la..selamat beraya..hati-hati di jalan raya..jangan tamak ye masa makan nanti...besederhanalah ye....kalau ada rasa nak bagi duit raya kat saya,ibarat pucuk dicita ulam mendatanglah..hehe..

ok...salam aidilfitri...ukhwah fillah..=)

Monday, September 6, 2010

kenapa kita berubah..

salam.....saya terfikir nak menulis tentang nie..lepas terfikir dan berfikir....kenapa kita berubah.....bermula daripada usia 5 tahun,kita dihantar ke tadika...kita diajar tentang Islam..tentang tanggungjawab kita..rukun Islam..rukun Iman..kita diajar tentang kewajipan menutup aurat dan lain-lain..

bila kita masuk je zaman sekolah,kita ambil subjek Pendidikan Islam...kita diajar tentang akidah,ibadah,akhlak dan juga adab....betapa lamanya kita diajar semua tue..kita juga diajar tentang fardhu ain,fardhu kifayah dan lain-lain...kita mampu score cemerlang dalam subjek pendidikan Islam,Al-quran dan sunnah,tasawwur dan lain-lain subjek agama...sangat cemerlang setiap kali exam..

tapi...kenapa....kenapa kita berubah ke arah yg menjauhi Islam...zaman sekolah dulu,kita adalah pelajar Islam yg berdisiplin..sangat menjaga peraturan...membanteras pelajar bermasalah yg suka warnakan rambut,simpan kuku panjang,warnakan kuku,cukur kening,ponteng sekolah dan lain-lain....kita sangat tegas...tapi...lepas je zaman sekolah....kita berubah..kita pula yg warnakan rambut,pakai baju ketat,mencukur kening dan lain-lain..ya Allah...kenapa kita berubah??

zaman sekolah dulu,kita cemerlang dalam subjek agama...kita sangat hebat..bagilah soalan apa pun..kita akan dapat jawab...tapi kenapa...lepas sekolah,kita langsung tak amalkan apa yg kita belajar??kita tahu sebagai orang Islam,kita kena tutup aurat...tak boleh ubah ciptaan Allah....tapi kenapa lepas sekolah,kita buat semua tue?malah bangga mempamerkannya?tak ke kita rasa bersalah?tak ke kita rasa berdosa walaupun sekelumit??

saya cuba menyelami..saya cuba berfikir..kenapa jadi macam nie?apa puncanya?di mana silapnya?adakah tak cukup tempoh masa kita belajar subjek agama zaman sekolah dulu?tak cukup ke suasana islamik di sekolah-sekolah agama dulu?adakah mereka ini telah dipengaruhi dgn nikmat dunia?saya tak tahu apakah jawapan yg sebenarnya....

terlalu banyak perkara yg boleh dijadikan puncanya....sedih sangat rasa bila saya lihat kawan-kawan yg saya kagumi dulu atas sebab mereka mempunyai disiplin yg mantap..ada yg mampu menghafal beberapa surah Al-Quran....saya sangat kagum dgn mereka memandangkan ketika itu saya tak mampu nk menjadi sehebat mereka..ada yg mewakili sekolah dalam pertandingan tilwah,hafazan dan lain-lain..ada yg bertudung labuh dan menutup aurat dgn sempurna ketika zaman sekolah dulu..ada yg sangat berdisiplin sampaikan semua pelajar gerun dengannya...

adakah saya kolot?biasalah kalau pakai baju ketat cikit,free hair,berseluar pendek,lelaki bertindik di telinga,dye hair dan lain-lain..biasalah tue...kolotnya saya kalau begitu......dulu......kita bukan begitu kan?

tapi..sekarang.....mereka berubah hinggakan sekali pandang,saya tak mengenali mereka....ada yg dah mewarnakan rambut,berpakaian ketat,mencukur kening dan lain-lain...ye..itu fenomena biasa dunia zaman sekarang...tapi bila difikirkan..apa puncanya?saya yakin mereka tahu apa yg mereka lakukan itu salah dan tahu apa akibatnya.....tapi kenapa kita berubah??

muhasabah kembali diri kita..di mana silapnya?adakah silap sistem pendidikan?adakah pengaruh anasir barat?adakah pengaruh diri sendiri dan rakan?kembali lah ke jalan yg lurus....saya tak kata saya kembali ke jalan yg lurus...tapi sama-samalh kita usaha utk kembali dekat denganNya......jangan biarkan diri kita rosak akibat dunia.....sedangkan kita mampu mengharunginya..

kita bercakap tentang dosa,pahala..kita sebut nama Allah..kita mohon sesuatu dariNya..tapi kita berterusan melakukan perkara yg dimungkariNya...marilah kita bertaubat...saya sendiri dipenuhi dosa...marilah kita bertaubat....pohon keampunan padaNya..Allah Maha Pengampun..jangan malu utk memohon keampunan..tapi berapa ramai antara kita yg hanya memandang sepi atas saranan bertaubat ni??

sama-sama kita muhasabah diri...INGAT...KITA BUKANNYA BAIK TAPI KITA NAMPAK BAIK SEBAB ALLAH MASIH MENUTUP PINTU AIB KITA DARIPADA PANDANGAN MANUSIA LAIN....jangan sampai Allah membuka pintu keaiban kita...nauzubillah..bertaubat dan berubahlah....=)

Friday, September 3, 2010

bercerita tentang diari ramadhanku...


salam...malam ini adalah malam ke 25 ramadhan...salah satu daripada 10 mlam terakhir yg di dalamnya terdapat satu malam yg lebih baik daripada seribu bulan...iatu Lailatul Qadar...setiap tahun sebaik saja kita menghampiri bulan Ramadhan,kebanyakan daripada kita akan menekankan tentang ganjaran hebat pada bulan nie lebih-lebih lagi lailatul qadar..tetapi sejauh mana kita betul-betul usaha utk mendapatkan ganjarannya??

ada dikalangan kita..bila tibanya bulan ramadhan..asyik mengeluh..lapar..dahaga..penat..sedangkan bulan nie sebenarnya utk melatih kita supaya lebih sabar...melatih ketaatan kita pada Allah..dan juga merasai kesusahan saudara seIslam kita yg kesusahan...tue pun,bukannya kita berpuasa 24 jam.....dan bila tiba saat berbuka,kita jadi tamak....dan juga membazir..itulah kita...walaupun syaitan dirantai..tetapi ketahuilah,nafsu itu lagi hebat peranannya dalam menguasai kita...

seharusnya..bila tiba je bulan ramadhan,kita usaha utk jadi yg lebih baik..kalau diuji dgn dugaan yg sgt menguji kesabaran kita,banyakkan istighfar kerana Allah hanya ingin menguji tahap keimanan kita....=) banyak pahala yg menanti jika kita ikhlas kerana Allah....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

sepanjang bulan ramadhan nie..saya meneruskan kehidupan saya sebagai student seperti biasa..pada masa yg sama sedang berjinak-jinak utk mencari side-income through business...doakan ye...seperti biasa,jadual harian saya memang full...dan sekarang makin buzy sebab 2nd Rx national pharmacy quiz juz around the corner je...banyak perkara perlu diberi perhatian...memerlukan masa,kesungguhan dan of course tenaga....

semalam bermula daripada bangun tido pukul 5 pagi sampai ke pukul 1 pagi,saya asyik terkejar masa.....ya Allah...sampai je bilik,terus 'pengsan'..hehe...lepas sahur,solat subuh,ibadah sunat..ready utk kelas sampai pukul 5.45 petang....lama betol praktikal kali nie...tapi ada bnyak senggang masa..jadi saya curi-curi masa utk solat asar..hehe...tapi rasa sangat rugi sebab tak bawak Quran masa praktikal..kalau tak,boleh baca kan....tak pelah...

then,saya pergi bazar di masjid negeri...sebenarnya sangat jarang pergi bazar...sebab macam yg saya cakap sebelum nie,saya tak berapa suka tempat yg crowded..lepas tue terkejar-kejar utk berbuka puasa...solat maghrib,isyak dan tarawikh....balik je dari tarawikh,saya kena training moderator utk quiz nanti...then ada meeting business sampai pukul 1pagi...sampai je kat bilik...solat sunat jap..then..................(tido)...huhu...

pagi tadi,rasa malas sangat nak pergi kelas..haish..alhamdulillah berjaya lawan nafsu malas tue...bercerita tentang ramadhan,pada bulan nie,seharusnya kita berlumba-lumba melakukan ibadah sunat..dan memohon keampunan daripada Allah swt atas segala dosa-dosa kita..moga-moga Allah ampunkan...banyakkan Qiamulail,mengaji,solat sunat,sedekah dan lain-lain....ye?

makanan utk berbuka...hm...saya jenis makan makanan yg saya biasa makan je..saya payah nak cuba makanan lain..contoh kalau kat UIA ni,menu saya ialah char kuew teow,,nasi kerabu,nasi putih ayam cili padi,kuew teow kungfu/ladna,nasi goreng kampung,nasi goreng ikan masin,nasi ayam,tomyam......ini je makanan yg saya asyik ulang order kat kafe sepanjang 2 tahun nie....huhu...ada sekali tue,sebulan berturut-turut saya order char kuew teow...T_T...sebab dah sangat suka...

bukan tak makan makanan lain..tapi jarang la...hehe...kuih muih...kadang-kadang je beli sebab bila dah berbuka,kita akan kenyang..takut membazir pulak..tak elok kan..kadang-kadang beli pun sebab boleh kongsi dgn kawan-kawan...ada 4 jenis kuih je yg saya beli sepanjang bulan ramadhan....berulang-ulang..hehe...iatu kuih seri muka,puding gula hangus(karamel),donut coklat dan popia basah...kuih yg lain?saya tak berapa gemar...haa...tapi saya baru suka sejenis kuih nie..kuih samosa.....hehe...

kawan-kawan yg rapat dgn saya pun pelik kenapa la saya asyik beli benda yg sama..nak buat macam mana..bila dah suka,saya akan suka betul-betul..cuma...setiap kali membeli,saya takkan membazir....rugi kan membazir...kena kawal nafsu makan setiap kali kita nak beli sesuatu makanan tue...

samalah jugak dengan persediaan raya..jangan melampau sangat ye..tak elok..bersederhanalah...jangan selalu sangat shopping sampaikan ibadah sunat di bulan nie terabai...ye?

ok la..nanti saya tulis lagi..ramadhan hampir tiba ke penghujungnya..tapi,belum terlewat utk kita merebut dan menambah pahala di bulan mulia nie..rugilah kita jika biarkan bulan ini berlalu tanpa sebarang perubahan pada diri kita...

JOM CARI LAILATUL-QADAR....=)